19 February 2010

Inspirasi apa sahaja

Inspirasi foto oleh Alain Briot

Apa-apa sahaja boleh jadi inspirasi. Manusia, objek, cerita, filem, situasi, lagu, kejayaan, kegagalan, kelahiran mahu pun kematian. Inspirasi tanpa batasan mungkin paling tepat untuk menggambarkannya. Bergantung kepada bagaimana kita cuba menerima dan menilainya. Boleh dikatakan setiap yang berlaku mampu menjadi inspirasi teragung pada diri seseorang. Kerana mungkin padanya inspirasi itu yang memberi kekuatan kepadanya untuk 'hidup' dengan lebih berani. Kegagalan dan kejayaan satu inspirasi. Apa lagi manusia. Kelahiran juga inpirasi bagi yang baru bergelar ibu bapa. Pada saya semua adalah inspirasi. Yang kadang-kala boleh kita bukukan segalanya dan kongsikan bersama. Paling penting kita harus sedar bahawa KEHIDUPAN ini 1INSPIRASI. Petunjuk bahawasanya kita khalifah-Nya di planet yang bernama Bumi.

Salam inspirasi dari saya.

28 January 2010

Mengapa U`Inspirasi

U`Inspirasi lahir di bawah kewujudan perkataan inspirasi. Sembilan huruf ini suka saya gunakan dalam penulisan harian. Mengapa 'U'? Mengapa tidak 'I'? 'U' bermakna you, anda atau kamu. Yang sedang membaca blog ini secara automatik namanya inspirasi. Dan blog ini untuk ANDA yang ikhlas berada di sini walau sesaat. Yang sudi seikhlas hati untuk sama-sama menginspirasi!

Salam Inspirasi

Selamat datang ke blog U`Inspirasi. Mengapa nama ini dipilih dan bagaimana ia dipilih adalah penting bagi saya dan inspirasi saya. Mahu ketahui siapa inspirasi U`Inspirasi? Dipersilakan kerana pentas ini anda yang punya.