PS | The Astronaut's Wedding 10.10.10
08 June 2011
Menangis
Budak kecil sudah biasa dengan menangis. Bagaimana dengan 'budak besar'? Perlukah ditahan apabila hati mahu menangis dan mata sudah tidak mampu menampung 'air' yang penuh misteri itu? Jangan malu menangis. Terutama wanita. Menangis dapat mengurangkan hiba di hati. Percayalah dengan 'kuasa' dan 'keajaiban' menangis selain berdoa kepada Allah SWT. Kepada lelaki, anda juga boleh menangis. Jika ini yang boleh memberi satu 'semangat' yang baru kepada anda. Insya Allah mujarab.
Nota | Jangan lupa berdoa dan mohon bantuan Ilahi.
Nota | Jangan lupa berdoa dan mohon bantuan Ilahi.
19 February 2010
Inspirasi apa sahaja

Apa-apa sahaja boleh jadi inspirasi. Manusia, objek, cerita, filem, situasi, lagu, kejayaan, kegagalan, kelahiran mahu pun kematian. Inspirasi tanpa batasan mungkin paling tepat untuk menggambarkannya. Bergantung kepada bagaimana kita cuba menerima dan menilainya. Boleh dikatakan setiap yang berlaku mampu menjadi inspirasi teragung pada diri seseorang. Kerana mungkin padanya inspirasi itu yang memberi kekuatan kepadanya untuk 'hidup' dengan lebih berani. Kegagalan dan kejayaan satu inspirasi. Apa lagi manusia. Kelahiran juga inpirasi bagi yang baru bergelar ibu bapa. Pada saya semua adalah inspirasi. Yang kadang-kala boleh kita bukukan segalanya dan kongsikan bersama. Paling penting kita harus sedar bahawa KEHIDUPAN ini 1INSPIRASI. Petunjuk bahawasanya kita khalifah-Nya di planet yang bernama Bumi.
Salam inspirasi dari saya.
28 January 2010
Mengapa U`Inspirasi

Salam Inspirasi
Selamat datang ke blog U`Inspirasi. Mengapa nama ini dipilih dan bagaimana ia dipilih adalah penting bagi saya dan inspirasi saya. Mahu ketahui siapa inspirasi U`Inspirasi? Dipersilakan kerana pentas ini anda yang punya.