Inspirasi foto oleh Alain Briot
Apa-apa sahaja boleh jadi inspirasi. Manusia, objek, cerita, filem, situasi, lagu, kejayaan, kegagalan, kelahiran mahu pun kematian. Inspirasi tanpa batasan mungkin paling tepat untuk menggambarkannya. Bergantung kepada bagaimana kita cuba menerima dan menilainya. Boleh dikatakan setiap yang berlaku mampu menjadi inspirasi teragung pada diri seseorang. Kerana mungkin padanya inspirasi itu yang memberi kekuatan kepadanya untuk 'hidup' dengan lebih berani. Kegagalan dan kejayaan satu inspirasi. Apa lagi manusia. Kelahiran juga inpirasi bagi yang baru bergelar ibu bapa. Pada saya semua adalah inspirasi. Yang kadang-kala boleh kita bukukan segalanya dan kongsikan bersama. Paling penting kita harus sedar bahawa KEHIDUPAN ini 1INSPIRASI. Petunjuk bahawasanya kita khalifah-Nya di planet yang bernama Bumi.
Salam inspirasi dari saya.